Pages

22 Julai 2011

Hari Jumaat

Peerrrggghhh.. Letihnya malam nie, tapi masih tetap senang hati.. Walapun seharian bekerja, penatnya belum hilang lagi tapi bila dah duduk melepak kat Aroma Marvellous Food Court bersama ahli-ahli Marvellous Club dah tak terasa penatnya sebab asyik berborak...

Mari kita minum, pastiu buat-buat lupa bayar ok ta?
Kalau malam sebelumnya saya membuka jualan seorang diri tanpa ditemani keluarga, malam nie saya datang bersama dengan isteri dan anak untuk bersantai sambil berniaga. Yea laaa, dah tiap-tiap hari saya balik lewat bekerja, kadang-kadang kesian lak nengok si kecil nie tak dapat saya nak layan kerenahnya di rumah..

Tapi malam nie, baru padan muka saya... Dah lah kena paw dengan si kecil (aisya) kena exercise malam nie berkejar sana sini nak control si aisya... Nasib baik mama nya ada, bole gak pas baton gilir-gilir jaga dia...

Mama yang khusyuk melayan Aisya

Bersama-sama bermain dengan kedua-dua anak Kak Arza

Bila melihat keletah aisya nie, ingin saya ambil kesempatan, sekiranya ada ahli-ahli Marvellous Club yang datang membuka jualan di sini, dijemput sekali datang seisi keluarga.. Kami di sini bukan sahaja menawarkan tapak untuk ahli berniaga, malahan jika boleh tempat kita bersama-sama bersantai di malam minggu bersama keluarga, barulah meriah... Selain itu, boleh merapatkan silaturahhim di antara keluarga ahli Marvellous Club.. Ini kerana kawasan tapak niaga yang disediakan agak luas dan terkawal daripada kenderaan yang bergerak, so tak perlu bimbang sangat bila si kecil asyik bermain...

Aisya bersama anak lelaki Kak Arza
Selalunya bila kita berniaga di mana-mana tempat, kita hanya memikirkan jualan dan perniagaan kita sahaja.. Yea la, nak bawa budak-budak tak sesuai lah sebab takut hilang anak pula... Tapi apa yang saya dan Kak Arza tekankan konsep di sini, walau macam mana pun kita berpenat berniaga, kita tetap boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang lain... 

Barangan jualan daripada Geng En. Amirudin
Tengah tekun membetulkan barang jualan 
Jadi kepada ahli-ahli Marvellous Club yang telah mendaftar secara "online", hari Sabtu malam kami tetap ada di sini membuka jualan, kepada yang turut serta sekali, kami mengalu-alukan kedatangan anda.. Terima kasih.




No comments: