Pages

04 Ogos 2011

Hari Khamis

Lokasi yang dipindahkan sementara waktu 

Tidak kira di mana sahaja, jualan niaga tetap diadakan

Malam nie hujan turun renyai-renyai... Walaubagaimanapun kami tetap mengadakan jualan niaga kami di kaki lima food court... Hujan itu rahmat di tika bulan ramadhan, dengan semangat berkobar-kobar, kami tetap harungi bersama-sama menjalankan perniagaan yang kecil nie. (cewahhh... bersastera lak)..

Minggu lepas, saya agak sibuk dengan balik kampung, so jualan niaga tetap diteruskan oleh Kak Sue dan Abg Mail.. Nampak bersemangat mereka berdua berniaga.. Tapi malam nie, saya akhirnya dapat menemani mereka bersama-sama geng-geng yang lain seperti Rafdan (2 kali buka jualan niaga disini) dan Kak Aina (first time malam nie buka jualan). Melepak bersama kami juga Zaidi walaupun tak buka jualan, memeriahkan lagi borak-borak kami malam nie...

Biasa lah waktu hujan, port pun kongsi bersama
Alhamdulillah, apabila ditanya bagaimana sales malam minggu lepas, Kak Sue dan Rafdan telah berjaya menjual produk mereka.. Jadi selepas nie, saya tak perlu risau sangat walaupun tempat nie masih baru lagi untuk orang ramai tahu... Apa yang penting semangat untuk bersama-sama berniaga dan mencari rezeki..

Terima kasih kepada peniaga food court yang sporting
Saya percaya dengan kerjasama dan semangat ahli kelab yang masih baru, tempat ini akan menjadi daya tarikan penduduk sekitar sini untuk hadir bukan memeriahkan suasana tetapi datang untuk membeli barangan yang dijual oleh ahli.. Matlamat saya dan Kak Arza ingin membantu peniaga-peniaga yang baru mahupun yang kekurangan modal atau berniaga sampingan menjalankan aktiviti jualan mereka..

Jangan risau tentang "crowd", orang ramai akan hadir sekiranya ahli kelab datang beramai membuka jualan mereka dan saya dan Kak Arza percaya, sekiranya maintain setiap minggu jualan, orang ramai akan menyedari jualan niaga kita.. 

Tempat lokasi sudah disediakan dengan kadar sewa berpatutan, cuma promosi pihak kami tidak jalankan lagi kerana masih ada ahli yang belum membuka jualan mereka.. Apa gunanya promosi dijalankan, orang ramai datang tetapi ahli kelab tidak hadir pula... Fikir-fikir kan la.... 

CAR BOOT SALE BERMULA



Diminta ahli-ahli yang telah mendaftar dengan Marvellous Club Car Boot Sale, jangan lengahkan masa anda kerana kami mulakan jualan niaga pada 04/08/2011. Ini kerana, kami akan menetapkan lokasi anda berdasarkan kehadiran pada malam tersebut.

Sila pastikan anda telah menyemak permohonan anda dan kadar sewa tapak jualan. Sekiranya terdapat persoalan, jangan segan silu, hubungi kami dengan segera.. Terima kasih.


 

22 Julai 2011

Hari Jumaat

Peerrrggghhh.. Letihnya malam nie, tapi masih tetap senang hati.. Walapun seharian bekerja, penatnya belum hilang lagi tapi bila dah duduk melepak kat Aroma Marvellous Food Court bersama ahli-ahli Marvellous Club dah tak terasa penatnya sebab asyik berborak...

Mari kita minum, pastiu buat-buat lupa bayar ok ta?
Kalau malam sebelumnya saya membuka jualan seorang diri tanpa ditemani keluarga, malam nie saya datang bersama dengan isteri dan anak untuk bersantai sambil berniaga. Yea laaa, dah tiap-tiap hari saya balik lewat bekerja, kadang-kadang kesian lak nengok si kecil nie tak dapat saya nak layan kerenahnya di rumah..

Tapi malam nie, baru padan muka saya... Dah lah kena paw dengan si kecil (aisya) kena exercise malam nie berkejar sana sini nak control si aisya... Nasib baik mama nya ada, bole gak pas baton gilir-gilir jaga dia...

Mama yang khusyuk melayan Aisya

Bersama-sama bermain dengan kedua-dua anak Kak Arza

Bila melihat keletah aisya nie, ingin saya ambil kesempatan, sekiranya ada ahli-ahli Marvellous Club yang datang membuka jualan di sini, dijemput sekali datang seisi keluarga.. Kami di sini bukan sahaja menawarkan tapak untuk ahli berniaga, malahan jika boleh tempat kita bersama-sama bersantai di malam minggu bersama keluarga, barulah meriah... Selain itu, boleh merapatkan silaturahhim di antara keluarga ahli Marvellous Club.. Ini kerana kawasan tapak niaga yang disediakan agak luas dan terkawal daripada kenderaan yang bergerak, so tak perlu bimbang sangat bila si kecil asyik bermain...

Aisya bersama anak lelaki Kak Arza
Selalunya bila kita berniaga di mana-mana tempat, kita hanya memikirkan jualan dan perniagaan kita sahaja.. Yea la, nak bawa budak-budak tak sesuai lah sebab takut hilang anak pula... Tapi apa yang saya dan Kak Arza tekankan konsep di sini, walau macam mana pun kita berpenat berniaga, kita tetap boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang lain... 

Barangan jualan daripada Geng En. Amirudin
Tengah tekun membetulkan barang jualan 
Jadi kepada ahli-ahli Marvellous Club yang telah mendaftar secara "online", hari Sabtu malam kami tetap ada di sini membuka jualan, kepada yang turut serta sekali, kami mengalu-alukan kedatangan anda.. Terima kasih.




21 Julai 2011

Hari Khamis

Pada malam ini saya tidak keseorangan memulakan jualan niaga kerana ditemani  oleh tiga (3) ahli Marvellous Club iaitu Kak Su bersama tunangnya Abang Ismail dan En. Zaidi. Walaupun saya agak terlewat sikit pada malam ini, tetapi saya menghargai kesabaran Kak Su bersama Abang Ismail menunggu saya dan En. Zaidi yang penuh semangat membuka jualan (agak terlewat juga) bersama-sama mempromosi Marvellous Nite Market pada malam ini.

Gabungan jualan berkonsepkan Curb Walk Sale
Memang menyeronokkan malam ini bila dapat bersama-sama membuka jualan sebabnya terasa kemeriahan walaupun hanya kami berempat terlebih awal (sebab suka-suka nak warming up katakan...), macamana pun saya dan Kak Arza berharap agar ada ahli Marvellous Club boleh menyertai kami membuka jualan niaga tanpa perlu menunggu 04/08/2011 ini... 

Jualan pada malam ini saya boleh katakan bila dicampurkan jualan yang lepas dalam angka RM 400 lebih (dua kali buka jualan).. Begitu juga dengan Kak Su dan Abang Ismail pun mendapat jualan juga malam ini... Alhamdulillah sebab rezeki tu datang dari Allah...

Jualan En. Zaidi
Dalam kami bersantai berborak dengan Kak Arza, En. Amir dan kawannya datang melawat ke tempat kami.. Yea la, sebelum memulakan jualan niaga disini, saya dan Kak Arza menggalakkan kepada mereka yang telah mendaftar datang ke lokasi, lihat sendiri persekitarannya macam mana.. Pun begitu, apa yang menggembirakan hati saya ialah pandangan awal daripada En. Amir dan kawannya adalah sama seperti Kak Su, En. Zaidi dan yang lain-lain yang pernah datang berjumpa dengan kami iaitu jika ahli Marvellous Club boleh "maintain" komitmen bersama-sama kami mempromosi Marvellous Nite Market, tidak mustahil sambutan orang ramai adalah diluar dugaan kita. 

Jualan Kak Su dan Abang Ismail
Bukanlah angan-angan kosong saya dan Kak Arza melihat kelab ini berkembang dan dapat menolong antara ahli dari segi berniaga kecil-kecilan, tetapi berdasarkan pengalaman ahli-ahli yang pernah berniaga di tempat lain seperti Kak Su dan En. Zaidi, kami percaya dengan perancangan yang teliti dan idea dan pendapat daripada kalangan ahli bila berkumpul bersama dapat memajukan kelab ini di masa akan datang..  

Jualan saya yang agak serabut sikit (hahaha)
Dan yang penting yang saya ingin kongsikan di sini malam ini, terdapat perancangan untuk mendaftarkan "trademark" Marvellous Club dengan Perbadanan Intellektual agar ahli-ahli kelab mendapat faedah bersama setelah perbincangan dengan En. Amir (pegawai Perbadanan Intellektual). Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, datang dulu ke sini baru boleh bagitau.... 

Pandangan dari tepi keseluruhan jualan
Sambil-sambil bercoleteh ntah apa-apa tadi, lupa nak bagitau gambar di atas merupakan gamabr jualan niaga kami berempat. Sebab ahli yang menjualnya baru start "warming up" dan tak ramai lagi, maka kami berpakat gabungkan sahaja lah jualan kami ni... Tapi hari Jumaat (22/08/2011), En. Amir dan kawannya tadi ada bagitau na join jualan sebab tadi pun depa berdua datang Aroma Marvellous dah dekat pukul 10 malam... 

SO, saya harapkan mana-mana ahli yang ada masa @ boring x tau nak buat apa nanti, join kami sekali bersantai sambil berniaga.. Jangan malu, jangan segan, jangan takut, sekurang-kurangnya walaupun yang datang tu pelanggan dari food court, tapi kalau ada jualan walaupun RM 10.00, RM 20.00 atau lebih siapa nak bagikan, sebab tapak niaga percuma lagi.... Tak perlu nak pening kepala nak bayar sewa tapak yang mahal, duduk sambil berbincang dengan kami, mana tau boleh dapat pengalaman lagi..... Terima kasih.




RALAT: SEMAKAN KADAR SEWA TAPAK NIAGA



Kepada mereka yang telah memohon menyertai Marvellous Nite Market, untuk makluman terdapat semakan telah dibuat terhadap kadar sewa bagi "Curb Walk Sale" di mana untuk mengelakkan sebarang permasalahan di masa hadapan, pihak kami menyeragamkan kadar harga "Curb Walk Sale" daripada:
  • RM 30.00 sebulan kepada RM 50.00 sebulan (untuk ahli sahaja); dan 
  • RM 100.00 sebulan kepada RM 150.00 sebulan (bukan ahli).
Kadar sewa tapak niaga di atas adalah keseragaman dengan kadar sewa tapak niaga "Car Boot Sale". Ini disebabkan bagi mengelakkan sebarang isu yang timbul di antara ahli kemudian hari. 

Kepada mereka yang telah mendaftar secara "Online", pihak kami akan menyerah satu borang rasmi untuk pendaftaran tapak niaga dan keahlian kepada anda ketika anda memulakan jualan niaga kelak. Bagi pihak kami, kami memohon maaf di atas perubahan yang dinyatakan diatas, untuk sebarang penjelasan boleh hubungi kami. Terima kasih.


SENARAI SEMAK PERMOHONAN

Senarai semak permohonan untuk menyertai "Car Boot Sale" dan "Curb Walk Sale" di Marvellous Nite Market Taman Puchong Utama.


Car Boot Sale:
  1. Azahar bin Deress
  2. Noor Shahrene bt. Jumal
  3. Muhamad Razi b. Said
  4. Mohd Sobri bin Hamid
  5. Azman b. Mohd Nor
  6. Old Time Sengkuang
  7. Halimaton Saadiah bt. Haji Halid
  8. Aminuddin b. Hassan
  9. Nik Nazhar b. Nik Kamaruddin
  10. Nor Azizul b. Harun
  11. Norhayati bt. Ibrahim
  12. Md. Noor b. H Judi
  13. Sharizal b. Abu Shah
  14. Rokiah bt. Mohd Yusoff
  15. Norashikin bt. Soin
  16. Mohd Lutpi Amir b. Hussin
  17. Muhamaddin b. Nurdin
  18. Aina Liyana bt. Mohd Nasir
  19. Muslimah Avenue Resources
  20. Shamsulkamar b. Ridzwan

Curb Walk Sale:
  1. Noor Suhana
  2. Khairi b. Zakaria
  3. Zahir A. Raoh
  4. Nurfaizura bt. Zainal
  5. Mohd Zaidi Akmar b. Awaluddin
  6. Amiruddin b. Mohd Zain

Car Boot Sale & Curb Walk Sale:
  1. Dayana Ehsan
  2. Mohd Hafizul b. Borhan
  3. Siti Wan Farrah bt. Wan Ramli

Senarai nama dibawah yang masih menunggu maklum balas:

  1. Mohd Azrai
  2. Mohd Na'im b. Mohd Saleh


Jika terdapat sebarang masalah atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi kami dengan kadar segera. Terima kasih.



JEMPUTAN JUALAN NIAGA


Kami sebagai Koordinator Marvellous Club ingin menjemput anda yang telah memohon dan mendaftar bagi jualan niaga "Car Boot Sale" dan "Curb Walk Sale" untuk bersama-sama "warming up" atau "test market" jualan niaga pada hari Khamis (21/07/2011) ini.

Kepada anda yang berminat turut serta, sila hubungi kami samada melalui email, SMS atau panggilan telefon. Terima kasih.

CONTOH BLOG PERCUMA


Kepada ahli Marvellous Club, di sini saya sertakan contoh konsep blog percuma yang disediakan untuk ahli (sekiranya tidak mempunyai blog) bagi memudahkan anda mempromosikan jualan niaga anda secara online.

Kemudahan blog percuma diberikan adalah untuk membantu ahli-ahli Marvellous Club di dalam mengembangkan jualan niaga di dalam konsep online. Kelas tutorial untuk cara-cara menguruskan laman blog akan kami sediakan atas permintaan.

Untuk melihat konsep blog percuma, sila klik sini.



17 Julai 2011

Hari Ahad

Malam ini saya tak dapat berniaga walaupun macam mana pun saya turun lepak di Aroma Marvellous Food Court. Cuma yang rasa terkilan pelanggan yang datang ke food court malam ni agak boleh tahan, kalau tak tentu ada gak sale masyuk sambil melepak minum di gerai Kak Arza... Macam malam semalam jualan saya dapat gak RM 325.00 walaupun terkontang-kanting buka jualan sorang2, (so pada ahli-ahli yang lain jgn marah @ jeles nya) tp sebab stok dah abis, so kena tunggu lah dan melihat ajela malam ni...

Walapun tak dapat na buat sale malam nie, saya rasa berpuas hati sebabnya dapat menjelaskan konsep kami kepada Kak Su yang ingin join bersama kami... Sebabnya kenapa??? Kerana konsep saya dan Kak Arza dapat membantu ahli-ahlinya untuk berniaga walaupun kecil-kecilan mahupun sampingan tanpa membebankan sebarang kos.

Apa jua pengalaman Kak Su, membuatkan kami terasa bersemangat untuk mengembangkan konsep kami (bukannya fahaman politik ataupun ajaran sesat tau!!) ini kerana daripada pandangan Kak Su dari lokasi tapak niaga, visi kelab dan aktiviti yang mungkin dirancang untuk kelab tidak pernah ada lagi dibuat, dilaksanakan mana-mana pihak pun... (caya la!

Cuba anda bayangkan, sekiranya ditempat lain, anda terpaksa membayar sewa tapak yang agak tinggi tapi belum tentu pulangannya pun tinggi... CONTOHNYA; di tempat ABC kos sewa tapaknya RM 300 sebulan (belum campur deposit) tetapi tempatnya agak "class lah" dengan disediakan khemah @ kanopi untuk peniaga dan ruang lot niaga pula katakan 100 lot.. Tempat memang ramai lah orang datang sebab dah meriah dengan peniaga, tapi anda dapat pula tempat lot di kawasan tengah-tengah, AGAK-AGAKNYA, BERAPA JUALAN YANG ANDA DAPAT 1 MALAM & BILA ANDA DAPAT PULANGAN MODALNYA?    

Tetapi di Marvellous Nite Market, kami tak dapat menjanjikan sebarang lot niaga yang ada khemah @ kanopi, apa yang kami boleh tawarkan ialah tapak untuk anda berniaga dengan kadar sewanya untuk Car Boot Sale (RM50.00 sebulan) dan Curb Walk Sale (RM 30.00 sebulan)... 

Dan cuba fikirkan lagi, barang yang kita jual tentu ada sama di mana-mana tempat uptown @ downtown, tetapi sekiranya harga yang dijual oleh kita sendiri lagi murah dari mana-mana uptown @ downtown, tentu sekali pasaran kuasa membeli pelanggan berpihak kepada kita.... Sebab kenapa saya katakan anda boleh jual barangan anda dengan harga yang lebih murah??? Sebabnya, bebanan kos yang anda tanggung adalah teramat rendah sekali sehinggakan pejam dua-dua mata pun boleh membayarnya tanpa sebarang keraguan mahupun perasaan berbelah bahagi....

Apa yang ingin saya katakan disini, saya ingin berterima kasih kepada Kak Arza kerana menawarkan tempat food courtnya menjadi lokasi jualan niaga bagi peniaga sepertimana saya dan seangkatan... Ini kerana, walaupun semalam saya main-main buka jualan niaga saya pun, hati saya begitu senang sekaliiiiiiiii...... dah la tak perlu bayar sesen sewa tapak untuk bulan nie sehingga bulan 9 pun kecuali bayar duit minum laa sebab order minuman kat gerai Kak Arza (hihihi... Kak Arza jgn marah yea)... Dapat lak jualan yang memuaskan hati saya sampai balik ke rumah kecuali malam ni la sebab tak dapat nak berjual...

Macamana pun saya akan kembali berniaga hari Khamis nie.. So pada mana-mana ahli na join saya sekali dijemput bersama la yea... Klu yg datang awal dari saya, jangan segan silu, buka ajelah bonet kereta tu jual barangan anda... Sambil tu kita boleh lepak minum saksikan perlawanan Malaysia vs Chelsea (klu ada siaran langsung la)... Jumpa lagi..

BERITA TERKINI



Blog percuma untuk ahli Marvellous Club sahaja. Blog individu yang mempromosikan jualan niaga khusus untuk ahli-ahlinya dengan matlamat mambantu ahli kelab menjana pendapatan dan memasarkan jualan masing-masing di Internet.


16 Julai 2011

Hari Sabtu



Malam ini merupakan hari pertama buat saya membuka car boot sale di samping bersantai di food court Kak Arza.. Sepatutnya terdapat beberapa ahli yang join saya malam, tetapi disebabkan pertembungan events yang tak dapat dielakkan, maka hanya saya seorang sahaja yang mulakan... Walaupun tarikh mula Marvellous Nite Market pada 04/08/2011, tapi da boring sangat tak tau nak buat apa aktiviti malam minggu nie, apa lagi buka bonet kereta & lepak kat kedai Kak Arza sambil bertukar2 pandangan dan berbual pasal peluang bisnes lain la....



Sambil bersantai & melayan orang yg jengah jualan, sambil tu tangan asyik tekan button hp melayan sms orang yang inginkan maklumat lanjut tentang Marvellous Nite Market. Sambil melayan tu, terdapat idea untuk membuat coretan diari dalam laman blog nie. tapi bukan untuk tentang diri saya malahan diari ini akan dijadikan informasi tentang pengalaman ahli mengenai Marvellous Nite Market dan juga aktiviti2 yang akan dijalankan oleh kelab untuk tatapan umum...



Ingin saya ambil kesempatan di sini mengatakan konsep Marvellous Nite Market & Marvellous Club kerana terdapat beberapa ahli yang masih kabur tentang konsep kami. Konsep kami adalah mudah, menjadikan Marvellous Nite Market sepertimana uptown @ downtown, cuma yang bezakan kami ialah penubuhan kelab untuk jangka panjang... Dengan bayaran yang rendah RM 50.00 sebulan (untuk sewa tapak niaga bagi keahlian sahaja) mungkin memeranjatkan mana2 pihak, kerana setahu saya mana-mana tempat kadar sewa tapak menjangkau RM 400 ke atas dan ada mencecah ribuan ringgit satu lot... 


Tentu ada yang tidak percaya, tetapi mana2 ahli yang berkesempatan berjumpa kami face to face, & yang telah berbual dengan kami akan faham long term vision yang ingin kami ketengahkan... Sesuatu tempat samada uptown @ downtown, kemeriahan sambutan orang ramai berdasarkan peniaga yang menjual di situ.. Walaupun jauh @ dekat tempat jualan tu, sekiranya jualan niaga dipenuhi dengan peniaga pasti dapat menarik sambutan orang ramai untuk datang melihat, bersantai @ membeli..



Jadi, kami ingin ahli-ahli kelab Marvellous mengambil kesempatan yang ada, dengan tapak niaga yang agak berpotensi tinggi untuk sambutan orang ramai (pandangan peribadi dari saya & beberapa ahli yang pernah datang), jangan takut sekiranya bulan pertama tidak penuh dengan orang ramai kerana bagi saya terdapat beberapa sebab:
  1. Aroma Marvellous Food Court baru pertama kali dijadikan tempat jualan niaga untuk Marvellous Nite Market.
  2. Promosi dan Pemasaran yang baru sahaja dijalankan.
  3. Ketidaksedaran orang ramai tentang kewujudan Marvellous Nite Market dijalankan.
Oleh yang demikian, saya dan Kak Arza telah bersepakat memberikan sewa tapak niaga untuk ahli kelab (3) bulan percuma dari bulan Julai hingga September 2011 untuk menarik perhatian orang ramai dan pelanggan. Ini kerana, kami tidak ingin membebani ahli-ahli kelab, kerana kami inginkan kerjasama ahli-ahli bersama-sama mempromosikan Marvellous Nite Market ini.  

Pendaftaran keahlian hanya RM 50.00 sahaja (sekali seumur hidup), apa yang kami berikan kepada ahli adalah:
  • PERCUMA T-Shirt Kelab;
  • PERCUMA Pelekat Cermin Kenderaan;
  • PERCUMA Blog Individu (untuk ahli mempromosikan jualan di internet); dan
  • PERCUMA (3) bulan tanpa sebarang bayaran sewa tapak (Julai - Ogos 2011).
Cuba bayangkan hanya pendaftaran keahlian RM 50.00 sahaja, ahli-ahlinya dapat menjalankan jualan selama 3 bulan PERCUMA sewa tapak niaga... Melalui pengalaman saya sekarang, terdapat kawan2 saya membuka jualan flea market @ nite market di uptown @ downtown terpaksa membayar RM 400 ke atas sebulan (tidak termasuk deposit awal) dan sudah 5 bulan masih belum pulang modal lagi.. Tetapi itulah konsep perniagaan.. Modal tinggi, risiko tinggi tapi rezeki di tangan masing2..

Untuk jadikan iktibar, saya pun teringin nak berniaga untuk pendapatan sampingan, maka setelah jumpa Kak Arza dan Kak Arza sendiri menawarkan lokasi, apa salahnya anda juga bersama-sama saya berkongsi mencari rezeki, bersama-sama mempromosikan Marvellous Nite Market ini... Sekian. 

MARVELLOUS CLUB



Kami sebagai koordinator Marvellous Nite Market sedang menarik seberapa ramai ahli yang mungkin untuk mendaftar sebagai keahlian Marvellous Club. Daftarlah segera menjadi ahli komuniti kami dan sokong laman blog kami ini agar terus menjadi tonggak informasi terkini bagi jualan "Car Boot Sale" dan "Curb Walk Sale". Tiada yuran tahunan dikenakan. Bayaran keahlian hanya RM 50.00 (sekali seumur hidup) sahaja dan anda akan menerima:
  1. PERCUMA T-Shirt Marvellous Club (tambahan RM 28.00 bagi setiap helai);
  2. PERCUMA Pelekat Cermin Kenderaan;
  3. PERCUMA Blog Individu (untuk mempromosi jualan anda).

Aktiviti-aktiviti tahunan Marvellous Club:
  1. Konvoi Car Boot Sale;
  2. Menyertai ekspo, karnival atau acara;
  3. Jualan Amal;
  4. Hari Keluarga;
  5. dan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh ahli kelab sendiri.

SEMAKAN PENDAFTARAN TAPAK NIAGA

PERMOHONAN PENDAFTARAN DALAM PROSES KELULUSAN

Bil.
Nama Penuh
Konsep Jualan
Kategori Jualan
01.
Mohd Azrai
Curb Walk Sale
Ice Blended



Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa. Terima kasih.

Untuk semakan pendaftaran yang berjaya, sila klik sini.







SEMAKAN PERMOHONAN TAPAK NIAGA

Di bawah ini adalah senarai semak pemohon untuk jualan niaga "Car Boot Sale" & "Curb Walk Sale" di Marvellous Nite Market, Taman Puchong Utama. Pihak koordinator Marvellous Nite Market meminta agar pemohon di atas yang masih belum mengemaskini maklumat yang berkenaan dapat sekiranya memaklumkan kepada kami dengan kadar segera.


PERMOHONAN PERMOHONAN YANG BERJAYA


Konsep Jualan: Car Boot Sale

Bil.
Nama Penuh
Kategori Jualan
01.
Azahar b. Deress
Pakaian, aksesori, bahan ilmiah dll.
02.
Noor Shahrene bt. Jumal
Aksesori wanita, kuih raya, kasut
03.
Muhamad Razi b. Said
Komestik, kuih-muih, makanan tradisional
04.
Mohd Sobri b. Hamid
Pakaian, jam, dll.
05.
Azman b. Mohd Nor
Pakaian, rework item
06.
Old Time Sengkuang
Sengkuang calit, set sos dan buah sengkuang
07.
Halimaton Saadiah bt. Hj. Halid
Aksesori
08.
Aminuddin b. Hassan
Pakaian dan aksesori
09.
Nik Nazhar b. Nik Kamaruddin
Lukisan, makanan kering
10.
Nor Azizul b. Harun
Cenderamata, buku
11.
Norhayati bt. Ibrahim
Pakaian wanita, tuala mandi, kasut baby
12.
Md. Noor b. H Judi
Produk makanan seperti asam-asam & dll.
13.
Sharizal b. Abu Shah
Pakaian, aksesori
14.
Rokiah bt. Mohd Yusoff
Makanan, minuman, pakaian, aksesori
15.
Norashikin bt. Soin
Barangan kesihatan produk bumiputera dan halal.
16.
Mohd Lutpi Amir b. Hussin
Pakaian
17.
Muhamaddin b. Nurdin
Perfume
18.
Aina Iiyana bt. Mohd Nasir
Brooch, shawl & biskut raya
19.
Muslimah Avenue Resources
Pakaian, aksesori untuk wanita & kanak-kanak
20.
Shamshulkamar b. Ridzwan
Pakaian, aksesori & dll.
21.
Mohd Na'im b. Mohd Saleh
Pakaian, Aksesori & dll.


Konsep Jualan: Curb Walk Sale


Bil.
Nama Penuh
Kategori Jualan
01.
Noor Suhana
Pakaian, jam, beg, tudung
02.
Khairi b. Zakaria

03.
Zahir A. Raoh
Handphone, aksesori
04.
Nurfaizura bt. Zainal
Pakaian, aksesori berjenama utk baby & kanak-kanak
05.
Mohd Zaidi Akmar b. Awaluddin
Pakaian kanak-kanak & aksesori
06.
Amiruddin b. Mohd Zain
Lampu garam bukit
07.
Nurlailie bt. Abd Raoh
Tudung, selendang, pakaian & kasut kanak-kanak
08.
Mohd Sayuti b. Che Ya
Pakaian kanak-kanak & permainan
09.
Nurain Shuhada bt. Abu Rahim
Pakaian, aksesori wanita (handbag) dan makanan kering(kerepek pisang n kerepek pedas).


Konsep Jualan: Car Boot Sale & Curb Walk Sale


Bil.
Nama Penuh
Kategori Jualan
01.
Dayana Ehsan
Pakaian, aksesori, handbag
02.
Mohd Hafizul b.  Borhan

03.
Siti Wan Farrah bt. Wan Ramli
Pakaian, aksesori, biskut raya, perhiasan, produk kecantikan, produk kesihatan, preloved items & cenderamata
04.
Shahkhairul Nizam b. Ramli
Pakaian, Perfume & Aksesori
05.
Shahrul Azman b. Abdul Aziz
Produk pek makanan & minuman kesihatan
06.
Abdul Rafdan b. Abdul Rahman
Pakaian  & aksesori
07.
Mohd Hanafi Sabrie b. Mat Ali
Aksesori, keychain, cenderamata, dll
08.
Muhammad Amiredhuan b. Rus
Pakaian lelaki & wanita
09.
Intan Saufina bt Baharom
Pakaian berjenama bayi dan kanak-kanak






Untuk semakan permohonan dalam proses kelulusan, sila klik sini.