Pages

16 Julai 2011

Hari Sabtu



Malam ini merupakan hari pertama buat saya membuka car boot sale di samping bersantai di food court Kak Arza.. Sepatutnya terdapat beberapa ahli yang join saya malam, tetapi disebabkan pertembungan events yang tak dapat dielakkan, maka hanya saya seorang sahaja yang mulakan... Walaupun tarikh mula Marvellous Nite Market pada 04/08/2011, tapi da boring sangat tak tau nak buat apa aktiviti malam minggu nie, apa lagi buka bonet kereta & lepak kat kedai Kak Arza sambil bertukar2 pandangan dan berbual pasal peluang bisnes lain la....



Sambil bersantai & melayan orang yg jengah jualan, sambil tu tangan asyik tekan button hp melayan sms orang yang inginkan maklumat lanjut tentang Marvellous Nite Market. Sambil melayan tu, terdapat idea untuk membuat coretan diari dalam laman blog nie. tapi bukan untuk tentang diri saya malahan diari ini akan dijadikan informasi tentang pengalaman ahli mengenai Marvellous Nite Market dan juga aktiviti2 yang akan dijalankan oleh kelab untuk tatapan umum...



Ingin saya ambil kesempatan di sini mengatakan konsep Marvellous Nite Market & Marvellous Club kerana terdapat beberapa ahli yang masih kabur tentang konsep kami. Konsep kami adalah mudah, menjadikan Marvellous Nite Market sepertimana uptown @ downtown, cuma yang bezakan kami ialah penubuhan kelab untuk jangka panjang... Dengan bayaran yang rendah RM 50.00 sebulan (untuk sewa tapak niaga bagi keahlian sahaja) mungkin memeranjatkan mana2 pihak, kerana setahu saya mana-mana tempat kadar sewa tapak menjangkau RM 400 ke atas dan ada mencecah ribuan ringgit satu lot... 


Tentu ada yang tidak percaya, tetapi mana2 ahli yang berkesempatan berjumpa kami face to face, & yang telah berbual dengan kami akan faham long term vision yang ingin kami ketengahkan... Sesuatu tempat samada uptown @ downtown, kemeriahan sambutan orang ramai berdasarkan peniaga yang menjual di situ.. Walaupun jauh @ dekat tempat jualan tu, sekiranya jualan niaga dipenuhi dengan peniaga pasti dapat menarik sambutan orang ramai untuk datang melihat, bersantai @ membeli..



Jadi, kami ingin ahli-ahli kelab Marvellous mengambil kesempatan yang ada, dengan tapak niaga yang agak berpotensi tinggi untuk sambutan orang ramai (pandangan peribadi dari saya & beberapa ahli yang pernah datang), jangan takut sekiranya bulan pertama tidak penuh dengan orang ramai kerana bagi saya terdapat beberapa sebab:
  1. Aroma Marvellous Food Court baru pertama kali dijadikan tempat jualan niaga untuk Marvellous Nite Market.
  2. Promosi dan Pemasaran yang baru sahaja dijalankan.
  3. Ketidaksedaran orang ramai tentang kewujudan Marvellous Nite Market dijalankan.
Oleh yang demikian, saya dan Kak Arza telah bersepakat memberikan sewa tapak niaga untuk ahli kelab (3) bulan percuma dari bulan Julai hingga September 2011 untuk menarik perhatian orang ramai dan pelanggan. Ini kerana, kami tidak ingin membebani ahli-ahli kelab, kerana kami inginkan kerjasama ahli-ahli bersama-sama mempromosikan Marvellous Nite Market ini.  

Pendaftaran keahlian hanya RM 50.00 sahaja (sekali seumur hidup), apa yang kami berikan kepada ahli adalah:
  • PERCUMA T-Shirt Kelab;
  • PERCUMA Pelekat Cermin Kenderaan;
  • PERCUMA Blog Individu (untuk ahli mempromosikan jualan di internet); dan
  • PERCUMA (3) bulan tanpa sebarang bayaran sewa tapak (Julai - Ogos 2011).
Cuba bayangkan hanya pendaftaran keahlian RM 50.00 sahaja, ahli-ahlinya dapat menjalankan jualan selama 3 bulan PERCUMA sewa tapak niaga... Melalui pengalaman saya sekarang, terdapat kawan2 saya membuka jualan flea market @ nite market di uptown @ downtown terpaksa membayar RM 400 ke atas sebulan (tidak termasuk deposit awal) dan sudah 5 bulan masih belum pulang modal lagi.. Tetapi itulah konsep perniagaan.. Modal tinggi, risiko tinggi tapi rezeki di tangan masing2..

Untuk jadikan iktibar, saya pun teringin nak berniaga untuk pendapatan sampingan, maka setelah jumpa Kak Arza dan Kak Arza sendiri menawarkan lokasi, apa salahnya anda juga bersama-sama saya berkongsi mencari rezeki, bersama-sama mempromosikan Marvellous Nite Market ini... Sekian. 

No comments: