Pages

17 Julai 2011

Hari Ahad

Malam ini saya tak dapat berniaga walaupun macam mana pun saya turun lepak di Aroma Marvellous Food Court. Cuma yang rasa terkilan pelanggan yang datang ke food court malam ni agak boleh tahan, kalau tak tentu ada gak sale masyuk sambil melepak minum di gerai Kak Arza... Macam malam semalam jualan saya dapat gak RM 325.00 walaupun terkontang-kanting buka jualan sorang2, (so pada ahli-ahli yang lain jgn marah @ jeles nya) tp sebab stok dah abis, so kena tunggu lah dan melihat ajela malam ni...

Walapun tak dapat na buat sale malam nie, saya rasa berpuas hati sebabnya dapat menjelaskan konsep kami kepada Kak Su yang ingin join bersama kami... Sebabnya kenapa??? Kerana konsep saya dan Kak Arza dapat membantu ahli-ahlinya untuk berniaga walaupun kecil-kecilan mahupun sampingan tanpa membebankan sebarang kos.

Apa jua pengalaman Kak Su, membuatkan kami terasa bersemangat untuk mengembangkan konsep kami (bukannya fahaman politik ataupun ajaran sesat tau!!) ini kerana daripada pandangan Kak Su dari lokasi tapak niaga, visi kelab dan aktiviti yang mungkin dirancang untuk kelab tidak pernah ada lagi dibuat, dilaksanakan mana-mana pihak pun... (caya la!

Cuba anda bayangkan, sekiranya ditempat lain, anda terpaksa membayar sewa tapak yang agak tinggi tapi belum tentu pulangannya pun tinggi... CONTOHNYA; di tempat ABC kos sewa tapaknya RM 300 sebulan (belum campur deposit) tetapi tempatnya agak "class lah" dengan disediakan khemah @ kanopi untuk peniaga dan ruang lot niaga pula katakan 100 lot.. Tempat memang ramai lah orang datang sebab dah meriah dengan peniaga, tapi anda dapat pula tempat lot di kawasan tengah-tengah, AGAK-AGAKNYA, BERAPA JUALAN YANG ANDA DAPAT 1 MALAM & BILA ANDA DAPAT PULANGAN MODALNYA?    

Tetapi di Marvellous Nite Market, kami tak dapat menjanjikan sebarang lot niaga yang ada khemah @ kanopi, apa yang kami boleh tawarkan ialah tapak untuk anda berniaga dengan kadar sewanya untuk Car Boot Sale (RM50.00 sebulan) dan Curb Walk Sale (RM 30.00 sebulan)... 

Dan cuba fikirkan lagi, barang yang kita jual tentu ada sama di mana-mana tempat uptown @ downtown, tetapi sekiranya harga yang dijual oleh kita sendiri lagi murah dari mana-mana uptown @ downtown, tentu sekali pasaran kuasa membeli pelanggan berpihak kepada kita.... Sebab kenapa saya katakan anda boleh jual barangan anda dengan harga yang lebih murah??? Sebabnya, bebanan kos yang anda tanggung adalah teramat rendah sekali sehinggakan pejam dua-dua mata pun boleh membayarnya tanpa sebarang keraguan mahupun perasaan berbelah bahagi....

Apa yang ingin saya katakan disini, saya ingin berterima kasih kepada Kak Arza kerana menawarkan tempat food courtnya menjadi lokasi jualan niaga bagi peniaga sepertimana saya dan seangkatan... Ini kerana, walaupun semalam saya main-main buka jualan niaga saya pun, hati saya begitu senang sekaliiiiiiiii...... dah la tak perlu bayar sesen sewa tapak untuk bulan nie sehingga bulan 9 pun kecuali bayar duit minum laa sebab order minuman kat gerai Kak Arza (hihihi... Kak Arza jgn marah yea)... Dapat lak jualan yang memuaskan hati saya sampai balik ke rumah kecuali malam ni la sebab tak dapat nak berjual...

Macamana pun saya akan kembali berniaga hari Khamis nie.. So pada mana-mana ahli na join saya sekali dijemput bersama la yea... Klu yg datang awal dari saya, jangan segan silu, buka ajelah bonet kereta tu jual barangan anda... Sambil tu kita boleh lepak minum saksikan perlawanan Malaysia vs Chelsea (klu ada siaran langsung la)... Jumpa lagi..

No comments: