Pages

Konsep


Marvellous Nite Market

Lokasi bertempat di Aroma Marvellous Food Court, Taman Puchong Utama, Selangor bertemakan bazaar malam yang berkonsepkan:
  • Car Boot Sale (jualan bonet kereta) dan
  • Curb Walk Sale (jualan susur pejalan kaki).
Merupakan cetusan idea daripada Kak Arza untuk memeriahkan lagi suasana malam di Aroma Marvellous Food Court ini di samping memberikan peluang kepada individu, keluarga mahupun peniaga yang mencari lokasi untuk memasarkan jualan mereka.

Sebagai penganjur kepada "Marvellous Nite Market" ini bukan semata-mata untuk perniagaan bazaar malam, kami juga membuka pendaftaran kepada mereka yang terlibat menyertai ahli Marvellous Club. Kepada keahlian Marvellous Club ini, kami merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program secara tahunan. 
    
Pada peringkat permulaan ini, kami memberi peluang kepada mereka yang berminat menyertai "Marvellous Nite Market" dengan promosi sepertimana:
  • Bulan Julai 2011 - PERCUMA tanpa sebarang bayaran untuk memulakan jualan.
  • Bulan Ogos & Sept 2011 - PERCUMA tanpa sebarang bayaran kepada ahli Marvellous Club sahaja dan DISKAUN 50% bayaran sewa niaga kepada bukan keahlian Marvellous Club.