Pages

21 Julai 2011

Hari Khamis

Pada malam ini saya tidak keseorangan memulakan jualan niaga kerana ditemani  oleh tiga (3) ahli Marvellous Club iaitu Kak Su bersama tunangnya Abang Ismail dan En. Zaidi. Walaupun saya agak terlewat sikit pada malam ini, tetapi saya menghargai kesabaran Kak Su bersama Abang Ismail menunggu saya dan En. Zaidi yang penuh semangat membuka jualan (agak terlewat juga) bersama-sama mempromosi Marvellous Nite Market pada malam ini.

Gabungan jualan berkonsepkan Curb Walk Sale
Memang menyeronokkan malam ini bila dapat bersama-sama membuka jualan sebabnya terasa kemeriahan walaupun hanya kami berempat terlebih awal (sebab suka-suka nak warming up katakan...), macamana pun saya dan Kak Arza berharap agar ada ahli Marvellous Club boleh menyertai kami membuka jualan niaga tanpa perlu menunggu 04/08/2011 ini... 

Jualan pada malam ini saya boleh katakan bila dicampurkan jualan yang lepas dalam angka RM 400 lebih (dua kali buka jualan).. Begitu juga dengan Kak Su dan Abang Ismail pun mendapat jualan juga malam ini... Alhamdulillah sebab rezeki tu datang dari Allah...

Jualan En. Zaidi
Dalam kami bersantai berborak dengan Kak Arza, En. Amir dan kawannya datang melawat ke tempat kami.. Yea la, sebelum memulakan jualan niaga disini, saya dan Kak Arza menggalakkan kepada mereka yang telah mendaftar datang ke lokasi, lihat sendiri persekitarannya macam mana.. Pun begitu, apa yang menggembirakan hati saya ialah pandangan awal daripada En. Amir dan kawannya adalah sama seperti Kak Su, En. Zaidi dan yang lain-lain yang pernah datang berjumpa dengan kami iaitu jika ahli Marvellous Club boleh "maintain" komitmen bersama-sama kami mempromosi Marvellous Nite Market, tidak mustahil sambutan orang ramai adalah diluar dugaan kita. 

Jualan Kak Su dan Abang Ismail
Bukanlah angan-angan kosong saya dan Kak Arza melihat kelab ini berkembang dan dapat menolong antara ahli dari segi berniaga kecil-kecilan, tetapi berdasarkan pengalaman ahli-ahli yang pernah berniaga di tempat lain seperti Kak Su dan En. Zaidi, kami percaya dengan perancangan yang teliti dan idea dan pendapat daripada kalangan ahli bila berkumpul bersama dapat memajukan kelab ini di masa akan datang..  

Jualan saya yang agak serabut sikit (hahaha)
Dan yang penting yang saya ingin kongsikan di sini malam ini, terdapat perancangan untuk mendaftarkan "trademark" Marvellous Club dengan Perbadanan Intellektual agar ahli-ahli kelab mendapat faedah bersama setelah perbincangan dengan En. Amir (pegawai Perbadanan Intellektual). Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, datang dulu ke sini baru boleh bagitau.... 

Pandangan dari tepi keseluruhan jualan
Sambil-sambil bercoleteh ntah apa-apa tadi, lupa nak bagitau gambar di atas merupakan gamabr jualan niaga kami berempat. Sebab ahli yang menjualnya baru start "warming up" dan tak ramai lagi, maka kami berpakat gabungkan sahaja lah jualan kami ni... Tapi hari Jumaat (22/08/2011), En. Amir dan kawannya tadi ada bagitau na join jualan sebab tadi pun depa berdua datang Aroma Marvellous dah dekat pukul 10 malam... 

SO, saya harapkan mana-mana ahli yang ada masa @ boring x tau nak buat apa nanti, join kami sekali bersantai sambil berniaga.. Jangan malu, jangan segan, jangan takut, sekurang-kurangnya walaupun yang datang tu pelanggan dari food court, tapi kalau ada jualan walaupun RM 10.00, RM 20.00 atau lebih siapa nak bagikan, sebab tapak niaga percuma lagi.... Tak perlu nak pening kepala nak bayar sewa tapak yang mahal, duduk sambil berbincang dengan kami, mana tau boleh dapat pengalaman lagi..... Terima kasih.




1 comment:

aroma marvellous moderator said...

Jika anda ada coretan yang ingin dikongsikan di dalam Diari Marvellous ini, dialu-alukan menghantarkannya melalui email aroma.marvelloua@gmail.com.. Kami akan menyiarkannya untuk tatapan semua.

P/S: Pihak kami akan menyiarkan nama anda bersama coretan nukilan anda.