Pages

04 Ogos 2011

Hari Khamis

Lokasi yang dipindahkan sementara waktu 

Tidak kira di mana sahaja, jualan niaga tetap diadakan

Malam nie hujan turun renyai-renyai... Walaubagaimanapun kami tetap mengadakan jualan niaga kami di kaki lima food court... Hujan itu rahmat di tika bulan ramadhan, dengan semangat berkobar-kobar, kami tetap harungi bersama-sama menjalankan perniagaan yang kecil nie. (cewahhh... bersastera lak)..

Minggu lepas, saya agak sibuk dengan balik kampung, so jualan niaga tetap diteruskan oleh Kak Sue dan Abg Mail.. Nampak bersemangat mereka berdua berniaga.. Tapi malam nie, saya akhirnya dapat menemani mereka bersama-sama geng-geng yang lain seperti Rafdan (2 kali buka jualan niaga disini) dan Kak Aina (first time malam nie buka jualan). Melepak bersama kami juga Zaidi walaupun tak buka jualan, memeriahkan lagi borak-borak kami malam nie...

Biasa lah waktu hujan, port pun kongsi bersama
Alhamdulillah, apabila ditanya bagaimana sales malam minggu lepas, Kak Sue dan Rafdan telah berjaya menjual produk mereka.. Jadi selepas nie, saya tak perlu risau sangat walaupun tempat nie masih baru lagi untuk orang ramai tahu... Apa yang penting semangat untuk bersama-sama berniaga dan mencari rezeki..

Terima kasih kepada peniaga food court yang sporting
Saya percaya dengan kerjasama dan semangat ahli kelab yang masih baru, tempat ini akan menjadi daya tarikan penduduk sekitar sini untuk hadir bukan memeriahkan suasana tetapi datang untuk membeli barangan yang dijual oleh ahli.. Matlamat saya dan Kak Arza ingin membantu peniaga-peniaga yang baru mahupun yang kekurangan modal atau berniaga sampingan menjalankan aktiviti jualan mereka..

Jangan risau tentang "crowd", orang ramai akan hadir sekiranya ahli kelab datang beramai membuka jualan mereka dan saya dan Kak Arza percaya, sekiranya maintain setiap minggu jualan, orang ramai akan menyedari jualan niaga kita.. 

Tempat lokasi sudah disediakan dengan kadar sewa berpatutan, cuma promosi pihak kami tidak jalankan lagi kerana masih ada ahli yang belum membuka jualan mereka.. Apa gunanya promosi dijalankan, orang ramai datang tetapi ahli kelab tidak hadir pula... Fikir-fikir kan la.... 

CAR BOOT SALE BERMULA



Diminta ahli-ahli yang telah mendaftar dengan Marvellous Club Car Boot Sale, jangan lengahkan masa anda kerana kami mulakan jualan niaga pada 04/08/2011. Ini kerana, kami akan menetapkan lokasi anda berdasarkan kehadiran pada malam tersebut.

Sila pastikan anda telah menyemak permohonan anda dan kadar sewa tapak jualan. Sekiranya terdapat persoalan, jangan segan silu, hubungi kami dengan segera.. Terima kasih.